1/1/09

Nukilan buat Ayah™


" Airmataku menitis terkenangkanmu
Terlalu sayu di hati bila kau jauh..

Dan aku masih menunggumu..
Dan aku masih menantimu
walaupun kau disana jauh dariku
namun doaku kan tetap bersamamu.."(Adam5454™)

Entah kenapa Khamis ini sayu. Dan setiap Khamis, pada mentarinya yang terik, hati ini bagai di carik. Kalau pilunya barang segenggam dua, barangkali Adam ini betah bertahan. Kalau sayunya barang sejengkal dua, lelaki ini pasti masih boleh ketawa.

Cumanya, pada setiap wujud Khamis, kalbu ini pasti teringat Ayah. (Hari hari lain juga begitu sebenarnya. Cuma hari Khamis adalah kemuncaknya). Hanya sahaja ada kulit di badan; nescaya terlompat rinduku mencarinya. Noktah.

Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum Hari Bapa. Waktunya 07.15 pagi. Saat itu ayah tamat hayatnya.

Hanya 12 jam sebelum itu, tangannya yang sedikit kedut itu kucium sebaik ketemu Ayah. Santai sahaja Ayah bersandar di bangku kayu di rumah ku di Kem BN8 PGA

"Ayah dah ok ke?"tanya ku ketika hendak ke sekolah pagi itu.Entah Kenapa hatiku tidak tenteram.
"ayah ok jee", jawab ayah.aku pergi ke sekolah dengan tidak bersalam dengan ayah.itu lah yang aku kesali sampai ke saat ini.

Dan kami ketawa. Sedikit tidak tersangka, itu tawa terakhirku bersamanya. Langsung tak terlintas. Sumpah!

15 minit bersama pagi itu, lelaki itu banyak bercakap tentang Pelajaran dan Peperiksaan yang bakal di hadapi. Kisah persiapan dan sebagainya. Juga minta ku membantu Alieya (Temanku yang 2 tahun selepas itu menyusuli Ayah).

'Duduklah sekejap. Sekejap je lagi", separuh rayu separuh rintih bunyinya. Ada pilu ada rindu dalam suaranya. (dan aku masih tuli pada ketika itu). Sekonyong Ayah berbicara tentang esoknya dan minta singgah awal kerana dia juga akan balik bersama. Jangan lewat tau tapi pwal, kata Ayah. Kemudian, kami berpisah.Aku Ke sekolah.


8.00pm Sekolah & Rumah

semasa sedang belajar naluri ku tergerak untuk ke pejabat dengan menjangka untuk bersiap pulang lebih awal.Tiba2 aku terdengar kerani menyebut namaku.Lalu aku menyapa.kenapa kak?Dia menjawab,Mak kamu berada di talian.aku mengambil gangang dah bercakap.Dam ayah jatuh dalam bilik air.kata emak.Dah di hantar guna ambulans ke hospital.Kemudian mak sampai rumah Hospital dah telefon. Diaorang mintak keluarga datang segera!Kenapa Mak? tanyaku.Tak tahu jawab mak lantas. Mak nak pergi ni.ok kejap lagi kawan ayah (kpl Fatah) datang ambil kau.kata emak.Tungu punya tunggu dengan hati yang resah.kawan ayah datang dengan mimik muka yang sedih.dia menyuruh ku memanggil kakak dan abangku yang satu sekolah denganku.aku segera memanggil.Lantas kami di bawak menaiki kereta.di dalam kereta kawan ayah memberitahu bahawa ayah telah meninggalkan kami semua.betapa sedihnya hatiku di saat itu.aku tidak dapat menerima hakikat.lalu air mata ku mencurah gugur ke bumi.sebak tidak terkata.

1.30pm. Kota Bharu

Sebaik melangkah masuk wad kecemasan, kepada soalan yang terpacul dari mulut ini," Sister. Mana ayah saya Kak?", Jururawat itu cuba menyuruhku duduk. Baru sahaja dia cuba berkata "sabar dik. Bapa..", mulutku memansuhkan jawapannya dengan," saya tahu bapa saya dah meninggal. Di mana jenazahnya?". Dan masa seakan terhenti.

Ruang itu menjadi sunyi tanpa ayah. Bukan langitku sahaja runtuh tapi jiwaku juga runtun. Baru semalam sahaja kita bersama keluar membeli buah di pasar kelmarin.Kereta yang dipandu ayah tak macam biasa.sempat kami bergurau senda dan ayah masih ada dan kita menghirup udara yang sama. Baru semalam saja kita ketawa bersama.

Ayah, selama hayatmu aku sengaja terlupa mengucapkan bait bait kata sebentar ini nanti untukmu. Maafkan aku kalau sememangnya sepanjang hidupmu kau menantinya singgah di cupingmu. Ampunkan aku kalau kalau kau juga sebenarnya rindu;-

Ayah,segala pesan ayah tidak akan adam lupakan..amal makruf nahi mungkar amalanku..


Dan aku masih merinduimu..Adam Sayang Ayah..69196 dalam kenangan...