5/27/09

Orang Yang Rugi™

Sayang-sayang

Orang “handsome” tak sembahyang,

Nabi Yusuf “hensem” juga,

Pun sembahyang…….

Sayang-sayang

Orang “cantik” tak sembahyang,

Siti Fatimah juga “cantik” ,

Pun sembahyang…….

Sayang-sayang

Orang kaya tak sembahyang,

Nabi Sulaiman juga kaya,

Pun sembahyang…….

Sayang-sayang

Orang miskin tak sembahyang,

Nabi Isa miskin juga,

Pun sembahyang…….

Sayang-sayang

Orang tua tak sembahyang,

Nabi Adam juga tua,

Pun sembahyang…….

Sayang-sayang

Budak-budak tak sembahyang,

Hassan dan Hussin juga budak,

Pun sembahyang…….

Sayang-sayang

Panglima perang tak sembahyang,

Khalid bain Walid panglima perang,

Pun sembahyang…..

Nurkilan BL-MaX5454™




5/3/09

Al-Kisah 5454™

orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja¿ aku dekati ibu
Bila nak bergesel¿ aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku¿ ibu
Bila merajuk¿ yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan¿ yang paling cepat marah..ibu
Bila takut¿ yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk¿ yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon¿ Ibu
Bila seronok¿ orang pertama aku nak beritahu¿ Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ¿ibuuuuuuuuuuuuu! ¿
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk¿ Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok¿ aku cari pasanganku
Bila sedih¿ aku cari Ibu
Bila berjaya¿ aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal¿ aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti¿ aku bawa pasanganku
Bila sibuk¿ aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine¿ Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu¿ aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu¿ aku ingat pasanganku
Selalu¿ Ibu ingat kat aku
Bila..bila¿ aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu¿ aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila¿. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: ¿Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja¿ bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak¿ lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah¿.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.
pada sesiapa yg msih ada ibu atau pun sudah tiada..
ingatlah pengorbanan ibuuuuu¿.

Pemerhatian5454™

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di Kota Bharu..

1. Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

2. Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

3. Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi , ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

4. Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..


5. Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan .. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Lelaki tulen.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya

Nurkilan BL-MaX5454™

5/1/09

Keserasian™

Ahli Psikologi Barat, Dr.Adam membuat huraian mengenaihubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

·.. Sulung dengan sulung:
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasasuka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerimaperintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dankesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

· Sulung - Tengah:
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap sianak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasanganyang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kalimenganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali iaharus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jikasi tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadipasangan yang cukup serasi.

· Sulung - Bongsu:
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya,untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapimasalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius sisulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambilberkhayal mengenai masa depan.

· Tengah - Tengah:
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang merekasukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderungseperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Denganbegitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapatmenjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalahakan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi danmenjunjung tinggi perdamaian

.· Tengah - Bongsu:
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderungbersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan cirisejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dansuka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabilaanak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu-Bongsu:
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan.Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawalsituasi.

Nurkilan : BL-MaX5454™

1/6/09

Lagu Ayah Buat Meja™

Ayah Buat Meja
Burung Buat Sarang
Tiap2 Benda Mesti Ada Tukang

Matahari Bersinar
Bulan Bercahaya
Itulah Tandanya
Allah Amat berkuasa

Kasih Kepada Ibu
Hormat Kepada Bapa
Ikut Cakap Guru
Allah Amat Suka...

Nurkilan BL MaX5454...

1/3/09

Setelah Ayahku Meninggal™

Selepas beberapa bulan ayahku meninggalkan kami semua..Mak & Kakak ku membuat keputusan untuk meninngalkan Kelantan & balik ke tanah air di Sarawak..Aku dan abangku tidak di benarkan pulang oleh keluarga belah Arwah Ayah kerana jika aku & abangku pulang bersama keluarga talian persaudaraan kami akan putus buat selamanyaa..itu cakap nenek aku yang sehinngga kini aku xmenyukainya..aku setuju kerana ini juga adalah keputusan kami berdua untuk tinggal di kelantan..Sukar untuk meninngalkan Kelantan kerana aku dibesarkan di sini & Makam ayahnda ku di kelantan iaitu di Kubur Lemal,Pasir Mas Kelantan..

Ibu dan kakaku telah balik ke Sarawak pukul 7.45pg..Aku sempat menghantarnya ke Lapangan Terbang di Pengkalan chepa..Setelah beberapa minggu aku tidak keluarga aku membuat keputusan untuk meneruskan & menyambung pelajaran di SMK Laloh & tinggal bersama kakak ayahku yang sulung..Sejak itu aku belajar hidup berdikari..Aku gembira di sana..Ramai kawan2 aku kenal..biasa la budak kampung..macam2 dia orang main..Kalau musim buah aku paling suka..haha..Setelah 2 tahun (Form 2 & 3) di sana aku kembali ke Pengkalan Chepa belajar di sekolah lamaku & tinggal bersama keluarga angkat..Sebenarnya aku suka bersama keluarga angkatku nii kerana ayah angkat ku nii selalu bawak aku pergi memancing & menjala ikan..tapi ayah angkatku nii Suka minum..Selalu je mabuk2..Nama aje polis..Bukan nak burukkan dia..Tapi realiti..Sekarang dah naik pangkat..tu pun lupa daratan..Aku buat keputusan untuk tinggal kan rumah dia..Xtahu nak tinggal di mana aku pergi ke rumah kawan arwah ayahku..Dia pun polis..Baik sangat dengan aku..Aku tinggal dengan dia sampai lah aku habis form 4..

Selepas tu aku kembali tinggal bersama dengan Mak cik aku kat Pasir Mas..Aku mula2 ulang alik jee..Baru jee 2 hari sekolah aku dah buat kes..biasa laa di tempat baru..Ramai yang kacau..Aku nii kalau orang xkacau aku,aku xkacau orang..tapi kalau sentuh jee..hah tau laa..Baru je sek dah kena gantung 2 minggu sebabnya gaduh..Aku dok di rumah jee lepas kena gantung tuu..habis tempoh pergantungan..aku ditawarkan ke asrama..Walaupun rumah dekat dengan sekolah,aku didenarkan untuk tunggal di asrama..Di situlah aku dapat kenal Ramai kawan..2 tahun aku tinggal di asrama..macam2 aku pelajari dari lawatan2,kem2 dan banyak lagi..Dari form 1 aku berdikari segalanya telah aku ketahui..Dari Z-A & Dari A-Z..memang aku gembira hidup macam nii..2 tahun aku belajar pekara sama(Form 4) sebab lewat daftar SPM..Biasa laa Buas..

1/1/09

Nukilan buat Ayah™


" Airmataku menitis terkenangkanmu
Terlalu sayu di hati bila kau jauh..

Dan aku masih menunggumu..
Dan aku masih menantimu
walaupun kau disana jauh dariku
namun doaku kan tetap bersamamu.."(Adam5454™)

Entah kenapa Khamis ini sayu. Dan setiap Khamis, pada mentarinya yang terik, hati ini bagai di carik. Kalau pilunya barang segenggam dua, barangkali Adam ini betah bertahan. Kalau sayunya barang sejengkal dua, lelaki ini pasti masih boleh ketawa.

Cumanya, pada setiap wujud Khamis, kalbu ini pasti teringat Ayah. (Hari hari lain juga begitu sebenarnya. Cuma hari Khamis adalah kemuncaknya). Hanya sahaja ada kulit di badan; nescaya terlompat rinduku mencarinya. Noktah.

Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum Hari Bapa. Waktunya 07.15 pagi. Saat itu ayah tamat hayatnya.

Hanya 12 jam sebelum itu, tangannya yang sedikit kedut itu kucium sebaik ketemu Ayah. Santai sahaja Ayah bersandar di bangku kayu di rumah ku di Kem BN8 PGA

"Ayah dah ok ke?"tanya ku ketika hendak ke sekolah pagi itu.Entah Kenapa hatiku tidak tenteram.
"ayah ok jee", jawab ayah.aku pergi ke sekolah dengan tidak bersalam dengan ayah.itu lah yang aku kesali sampai ke saat ini.

Dan kami ketawa. Sedikit tidak tersangka, itu tawa terakhirku bersamanya. Langsung tak terlintas. Sumpah!

15 minit bersama pagi itu, lelaki itu banyak bercakap tentang Pelajaran dan Peperiksaan yang bakal di hadapi. Kisah persiapan dan sebagainya. Juga minta ku membantu Alieya (Temanku yang 2 tahun selepas itu menyusuli Ayah).

'Duduklah sekejap. Sekejap je lagi", separuh rayu separuh rintih bunyinya. Ada pilu ada rindu dalam suaranya. (dan aku masih tuli pada ketika itu). Sekonyong Ayah berbicara tentang esoknya dan minta singgah awal kerana dia juga akan balik bersama. Jangan lewat tau tapi pwal, kata Ayah. Kemudian, kami berpisah.Aku Ke sekolah.


8.00pm Sekolah & Rumah

semasa sedang belajar naluri ku tergerak untuk ke pejabat dengan menjangka untuk bersiap pulang lebih awal.Tiba2 aku terdengar kerani menyebut namaku.Lalu aku menyapa.kenapa kak?Dia menjawab,Mak kamu berada di talian.aku mengambil gangang dah bercakap.Dam ayah jatuh dalam bilik air.kata emak.Dah di hantar guna ambulans ke hospital.Kemudian mak sampai rumah Hospital dah telefon. Diaorang mintak keluarga datang segera!Kenapa Mak? tanyaku.Tak tahu jawab mak lantas. Mak nak pergi ni.ok kejap lagi kawan ayah (kpl Fatah) datang ambil kau.kata emak.Tungu punya tunggu dengan hati yang resah.kawan ayah datang dengan mimik muka yang sedih.dia menyuruh ku memanggil kakak dan abangku yang satu sekolah denganku.aku segera memanggil.Lantas kami di bawak menaiki kereta.di dalam kereta kawan ayah memberitahu bahawa ayah telah meninggalkan kami semua.betapa sedihnya hatiku di saat itu.aku tidak dapat menerima hakikat.lalu air mata ku mencurah gugur ke bumi.sebak tidak terkata.

1.30pm. Kota Bharu

Sebaik melangkah masuk wad kecemasan, kepada soalan yang terpacul dari mulut ini," Sister. Mana ayah saya Kak?", Jururawat itu cuba menyuruhku duduk. Baru sahaja dia cuba berkata "sabar dik. Bapa..", mulutku memansuhkan jawapannya dengan," saya tahu bapa saya dah meninggal. Di mana jenazahnya?". Dan masa seakan terhenti.

Ruang itu menjadi sunyi tanpa ayah. Bukan langitku sahaja runtuh tapi jiwaku juga runtun. Baru semalam sahaja kita bersama keluar membeli buah di pasar kelmarin.Kereta yang dipandu ayah tak macam biasa.sempat kami bergurau senda dan ayah masih ada dan kita menghirup udara yang sama. Baru semalam saja kita ketawa bersama.

Ayah, selama hayatmu aku sengaja terlupa mengucapkan bait bait kata sebentar ini nanti untukmu. Maafkan aku kalau sememangnya sepanjang hidupmu kau menantinya singgah di cupingmu. Ampunkan aku kalau kalau kau juga sebenarnya rindu;-

Ayah,segala pesan ayah tidak akan adam lupakan..amal makruf nahi mungkar amalanku..


Dan aku masih merinduimu..Adam Sayang Ayah..69196 dalam kenangan...